Tuesday, September 6, 2011

Kematian Noramfaizul : Penembak dikenal pasti, Konvoi AU lepas tembakan

KUALA LUMPUR: Kematian jurugambar BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor, 40, berpunca daripada tembakan dilepaskan tentera pengaman Kesatuan Negara Afrika (AU).

AU dalam kenyataannya berkata, siasatan awal menunjukkan sebuah daripada konvoi kenderaan AU melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian Noramfaizul dan mencederakan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan dalam serangan di Mogadishu, Somalia, Jumaat lalu.

Malah, media Somalia turut memetik kenyataan Komander Tentera Pengaman AU, Mejar Jeneral Fred Mugisha yang berjanji akan mengambil tindakan terhadap anggotanya yang melepaskan tembakan itu, tanpa menyatakan sama ada penambaknya sudah dikenal pasti.

Terdahulu, akhbar New York Times turut memetik kenyataan saksi di tempat kejadian yang dikenali sebagai Halima sebagai berkata, beliau melihat tentera pengaman AU melepaskan tembakan ke arah kereta yang membawa wartawan Malaysia di Mogadishu.

Sementara itu, Presiden Kelab Putra 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata beliau sudah menerima laporan awal mengenai kejadian itu dan akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sebelum ini pegawai tentera Somalia menyatakan mereka mengesyaki tembakan dilepaskan pasukan tentera pengaman di situ, tetapi kita tidak dapat mengesahkannya ketika itu kerana belum menerima laporan penuh siasatan.

read more @ berita harian http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KonvoiAUlepastembakan/Article

No comments:

Post a Comment