KUALA LUMPUR - Rumah Anak Yatim Yayasan Jamae”ah di Bambolai, Tawau Sabah akan mendapat sebuah surau baru menerusi pembiayaan RM50,000 oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengarah Tanggungjawab Sosial Korporat 1MDB, Dr. Shamsul Anwar Sulaiman berkata, sumbangan itu adalah bagi membantu golongan yang memerlukan.
"Dengan adanya surau berkenaan, ia dapat memastikan para pelajar memperolehi kemudahan dan persekitaran yang kondusif dalam mentelaah ilmu dari segi duniawi dan ukhrawi,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri 1MDB di sini.
Pada majlis itu Shamsul menyampaikan cek sumbangan kepada wakil rumah anak yatim itu, Mastura Ishak.
Shamsul berharap apabila siap kelak, surau itu bukan sahaja digunakan oleh penghuni asrama anak yatim itu, malahan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat.
Dalam pada itu beliau berkata, 1MDB akan menganjurkan Program Jalinan Murni pada 24 September ini di Sungai Siput, Perak yang dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama
p/s : kita berharap lebih banyak surau akan dibina, terutamanya di kawasan taman perumahan yang memang tiada surau.
No comments:
Post a Comment