Tuesday, September 6, 2011

Kawasan kubur Cina Bukit Brown akan jadi tapak apartmen di Singapura

SINGAPURA - Kawasan perkuburan Bukit Brown seluas 86 hektar di sini akan dibangunkan untuk didirikan apartmen.

Pintu masuk kubur Cina Bukit Brown

Ia dianggap sebagai kawasan perkuburan paling tua yang dipercayai menempatkan kubur penduduk Cina yang tertua di Singapura.

Bukit Brown dibuka pada 1922 dan dinamakan sempena seorang pemilik kapal, George Henry Brown yang tiba di Singapura pada 1840.

Peta Kubur Cina Bukit Brown, berdekatan kawasan tadahan air MacRitchie
 Bagaimanapun, para penyokong pemuliharaan warisan meminta ia dipulihara daripada sebarang kegiatan pembangunan.

"Bagi saya, Bukit Brown merupakan salah satu daripada aspek warisan Singapura yang patut diberikan peluang kedua," kata Irving Johnson yang bertugas sebagai penolong profesor Kajian Asia Tenggara di Universiti National Singapura.

p/s : oweeish!.......... takut nak mmbeli, kompom banyak hantu.....lompat-lompat lagi..., hih! hih! hih!

No comments:

Post a Comment