Thursday, September 1, 2011

Kapal kebajikan Logos Hope bertandang sebulan ke Malaysia

GEORGETOWN: Pada mulanya, dia hadir sebagai pelawat sebelum hatinya terbuka untuk menabur bakti sebagai sukarelawan di atas kapal kebajikan, Doulos dan Logos Hope.

Itu yang dilakukan Melissa Krisnan, 34, anak kelahiran Air Itam dekat sini, apabila menabur bakti di atas kapal kebajikan itu selepas tertarik dengan kerja amal dilakukan.

Melissa berkata, sebelum melakukan kerja amal di kapal Logos Hope, dia bergiat aktif ketika menjadi sukarelawan kapal Doulos sejak 1997.

Katanya, sepanjang berada di kapal Doulos di bawah syarikat sama dengan Logos Hope dia sudah mengikuti pelayaran ke puluhan negara untuk melakukan kerja kebajikan sama ada di atas kapal atau di negara disinggahi.

“Kami akan melakukan pelbagai kerja kebajikan di negara yang dikunjungi atau di atas kapal terutama membantu mereka yang susah.

“Sehingga hari ini, lebih 50 negara sudah saya kunjungi termasuk di Asia, Eropah dan Asia Barat. Kami boleh bertukar pendapat dan mempelajari kebudayaan negara lain,” katanya ditemui ketika lawatan sulung Logos Hope ke negara ini di Jeti Swettenham, di sini. Hadir sama, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Tan Cheng Liang; Pengarah Urusan Logos Hope, Gian Walser dan Kapten Logos Hope, James Dyer.

Sementara itu, James berkata, selain Pulau Pinang, Logos Hope akan menjelajah ke tiga lagi pelabuhan di negara ini iaitu Pelabuhan Klang, Kuching dan Kota Kinabalu selain turut mengadakan pameran buku selama sebulan bermula hari ini hingga 25 September depan.

Beliau berkata, pameran dibuka jam 10 pagi hingga 10 malam pada Selasa hingga Sabtu dan 1 tengah hari hingga 10 malam pada Ahad dan ditutup pada Isnin dengan tiket masuk RM1 seorang untuk dewasa manakala kanak-kanak bawah 12 tahun percuma.

Logos Hope yang beroperasi sejak Februari 2009 dibina pada 1973 di Rendsburg, Jerman dengan berat 12,500 tan dan didaftarkan di Valletta, Malta.
 
p/s : mari kita beramai-ramai pergi melawat sambil membantu.............

No comments:

Post a Comment