KUALA LUMPUR: Jerebu di Semenanjung terutama Pantai Barat dijangka bertambah buruk untuk beberapa hari akan datang berikutan kebakaran hutan semakin merebak di Sumatera dengan peningkatan jumlah titik panas daripada cuma 401 beberapa hari lalu kepada 692 setakat petang semalam.
Hujan selang beberapa jam sejak beberapa hari lalu di beberapa lokasi di negara ini gagal memulihkan keadaan. Pemantauan terakhir satelit National Oceanic Atmospheric and Administration (NOAA) mendapati selain selatan Sumatera, titik panas dikesan di 10 kawasan lain dengan Riau merekodkan 93 lokasi.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) meramalkan berjerebu dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil.
Kandungan partikel jerebu terdiri daripada nikel, metal serta plumbum dalam skala kecil iaitu di bawah 2.5 mikrometer berupaya menyusup masuk ke paru-paru, mengakibatkan sakit dada ketika bernafas kerana proses penukaran gas oksigen kepada gas karbon dioksida di bahagian berkenaan, katanya.
Sementara itu, BERNAMA memetik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, berkata Malaysia menyatakan kebimbangan kepada Indonesia melalui surat kepada rakan sejawatnya dari republik itu, Prof Dr Gusti Muhammad Hatta selepas satelit mengesan 600 tompokan panas dengan suhu tinggi di Sumatera tahun ini.
Dalam perkembangan berkaitan, setakat jam 5 petang semalam, 32 kawasan di negara ini mencatatkan kualiti udara sederhana, semalam manakala 19 lagi baik dalam bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dikeluarkan JAS dengan tiada laporan IPU berbahaya direkodkan
Lima kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Nilai (78); Negeri Sembilan (90); Batu Muda, Kuala Lumpur (71) serta Petaling Jaya, Banting dan Cheras masing-masing 70.
semalam masa ke nilai & seremban, agak teruk juga cuaca di sana. rasanya IPU di sana lebih tinggi berbanding KL
ReplyDelete