12.09.2011: Satu kemalangan yang agak serius melibatkan 3 kenderaan telah berlaku di hadapan PDK Selayang (di Jalan Besar Taman Selayang Segar)hari ini pada jam 9:55 pagi ini.
Kemalangan melibatkan seorang penunggang motorsikal dengan sebuah kereta dan sebuah SUV menyebabkan penunggang motorsikal tersebut berkemungkinan patah kaki kanannya.
Kemalangan bermula apabila pemandu kereta Toyota Vios yang dipandu oleh seorang pemuda, berwarna keemasan ingin membelok masuk ke Jalan 12 Taman Selayang Baru tetapi tidak memberi isyarat lampu menyebabkan penunggang motorsikal yang ada di belakangnya, yang menyangkakan kereta tersebut sengaja bergerak perlahan lalu ingin memotongnya melalui sebelah kanan.
Apabila kereta tersebut cuba membelok masuk ke kanan menyebabkab penunggang motorsikal tersebut terlanggar bahagian kanan belakang kereta tersebut.
Ini menyebabkan penunggang motorsikal tersebut tercampak ke lorong sebelah kanan.
Pada masa yang sama sebuah Honda SUV yang dipandu oleh seorang pemuda yang membawa kedua-dua ibu dan bapanya, datang dari arah yang bertentangan tidak dapat mengelak lalu menyebabkan ia melanggar bahagian kaki kanan pemuda tersebut dengan kedua-dua tayar kiri depan dan belakang SUV tersebut melenggek kaki penunggang tersebut.
Menurut beberapa saksi (terutamanya serang makcik yang membonceng motor anaknya di belakang motor yang kemalangan), pemandu SUV tersebut telah cuba mengelak dengan baik dari melanggar bahagian badan atau kepala penunggang malang yang tercampak tersebut. Jika tidak mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk lagi.
Kedua-dua pemandu kenderaan tersebut berhenti, pemandu kereta Vios tersebut tidak berani menghampiri penunggang yang malang tersebut.
Pada jam 9:56, penulis telah menghubungi 999 untuk meminta bantuan ambulan. Ambulan menghubungi penulis semula pada jam 9:59 diikuti dengan pehak polis menghubungi penulis pada jam 10:00 pagi untuk pengesahan.
Bapa kepada pemandu SUV bersama-sama dengan beberapa pemuda termasuk seorang Pelajar Pelatih Pemulihan Perubatan (OT) dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh yang sedang membuat latihan praktikal di PDK Selayang telah mengangkat penunggang tersebut ke tepi jalan.
Beberapa orang yang lain mengalihkan motorsikal penunggang tersebut supaya ia tidak mengganggu lalu-lintas.
Penulis sempat memberitahu penunggang tersebut supaya jangan banyak bergerak kerana ditakuti kaki kanannya yang dilenyek oleh SUV tersebut bertambah teruk.
Mungkin kerana takut, pemandu Toyota Vios tersebut meninggalkan kawasan kemalangan pada jam 10:04 pagi.
Pehak polis tiba pada jam 10:06 dan diikuti oleh ambulan pada jam 10:09 pagi.
Penunggang tersebut merupakan kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang sedang dalam perjalanan untuk membuat kerja-kerja luar, telah dibawa ke hospital oleh ambulan pada jam 10:14 pagi.
Apa yang menariknya, penunggang tersebut tidak pengsan dan tidak cemas kerana masih boleh bercakap dan menghubungi kakaknya dan rakan setugasnya untuk datang ke tempat kemalangan dan memesan rakannya untuk mengambil motorsikalnya.
No comments:
Post a Comment