Monday, September 12, 2011

Banjir di Perlis : Lebih 300 dipindah.

KANGAR: Keadaan banjir di Perlis bertambah buruk dengan jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada lebih 300 orang daripada lebih 90 buah keluarga berbanding 100 orang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan banjir iaitu lima di kawasan Padang Besar, tiga di Kangar dan dua di Arau.
Sementara itu, dua buah sekolah ditutup hari ini akibat banjir iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Melangit dan Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis Ir Nishad Mohamed berkata hujan lebat luar biasa menyebabkan banjir sejak semalam.
Beliau berkata masalah banjir di Perlis yang kerap berlaku boleh dikawal jika infrastruktur empangan Timah Tasoh ditingkatkan selain mewujudkan lencongan Barat dan Timur bagi mengalirkan air ke laut.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pula dijadualkan meninjau kawasan yang dilandar banjir hari ini serta bertemu mangsa-mangsa yang berada di pusat-pusat pemindahan.

No comments:

Post a Comment