Saturday, September 24, 2011

Badminton Terbuka Jepun : Chong Wei cemas sebelum menang

CHONG WEI terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan
pemain Jepun, Tago pada pusingan suku akhir semalam.

JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei cemas seketika sebelum berjaya mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun 2011.

Tampil selaku pemain pilihan pertama kejoha- nan, Chong Wei dipaksa bekerja keras sebelum mampu menjinakkan perseorangan Jepun, Keni- chi Tago pada aksi peringkat suku akhir yang ber- langsung di Tokyo semalam.

Chong Wei yang merupakan pemain ranking No. 1 dunia, tewas pada set pertama 21-23 sebelum bangkit semula untuk mengatasi Tago dengan 21-7, 21-18 dalam masa 56 minit dalam dua set berikut- nya.

Kemenangan tersebut dianggap sangat penting buat pemain No. 1 dunia itu dalam usaha memburu kejuaraan keempat pada kejohanan yang telah berusia 30 tahun itu pada edisi kali ini.

Pada aksi separuh akhir hari ini, juara Seluruh England itu akan berdepan dengan pemain vete- ran Denmark, Peter Hoeg Gade yang mara selepas menewaskan Simon Santoso 21-14, 21-15 dalam satu pertemuan suku akhir.

Sementara itu, beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut melangkah ke sepa- ruh akhir selepas menundukkan pasangan sene- gara, Goh Wei Shem-Lim Khim Wah 21-16, 19-21, 21-17.
Kien Keat-Boon Heong yang merupakan beregu pilihan ketiga kejohanan, akan menentang pilihan utama, Cai Yun-Fu Haifeng dari China pada aksi separuh akhir hari ini.

No comments:

Post a Comment