Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pusat Kanak-Kanak & Remaja Kurang Upaya) No. 7078, Jalan 12, Taman Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia Tel: +603-6127 0581, E-mail: pdkselayang@gmail.com;
Wednesday, September 21, 2011
Air : Lembah Klang hadapi krisis
PETALING JAYA - Krisis air di Lembah Klang semakin menjadi kenyataan apabila saiz margin antara bekalan dan penggunaan air semakin rapat dengan anggaran jumlah itu sudah mencapai tahap tiga hingga lima peratus sahaja bersamaan 200 juta liter sehari (jlh).
Ini bermakna dalam kes kecemasan, jumlah rizab harian itu hanya mencukupi keperluan kira-kira 800,000 pengguna di kawasan Gombak.
Pengarah Eksekutif Perancangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Sanusi Sulieman berkata, kadar rizab yang diunjurkan oleh pihaknya ialah kira-kira 10 peratus untuk menangani keperluan waktu kecemasan.
Namun katanya, kekhuatiran mengenai bekalan air timbul selepas permintaan melonjak kepada 4,197 jlh sedangkan kapasiti pengeluaran air sedia ada setakat 4,326 jlh.
"Situasi ini membimbangkan kerana purata kadar penggunaan air naik 3.5 peratus, dan angka ini dicatat naik berterusan sejak 2005.
"Peningkatan permintaan ini dijangka berterusan sejajar dengan perkembangan pembangunan di kebanyakan kawasan di Lembah Klang," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat meja bulat mengenai isu bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini semalam.
Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Marimuthu Nadason turut disertai Ketua Penolong Pengarah Lembaga Urus Air Selangor, Nor Zamri Sondor dan Pengarah Pusat Kajian Sumber Air Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Ir. Mohd. Zaki Mat Amin.
Kosmo! 23 Ogos lalu menyiarkan mengenai krisis kekurangan bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan ketiga-tiga kawasan berkenaan mengalami kekurangan bekalan air sebanyak 4.2 peratus iaitu 186 juta liter sehari.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
No comments:
Post a Comment