Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pusat Kanak-Kanak & Remaja Kurang Upaya) No. 7078, Jalan 12, Taman Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia Tel: +603-6127 0581, E-mail: pdkselayang@gmail.com;
Monday, August 15, 2011
Londeh seluar protes bila ditangkap JKM.
KUALA LUMPUR: Sekilas pandang, kelibatnya benar-benar seperti orang Islam sehinggalah pemeriksaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati dia yang mengemis di pintu masuk utama Masjid Kampung Baru, di sini, diyakini bukan beragama Islam.
Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari Jumaat lalu itu, lelaki terbabit yang berusia 86 tahun dan dipercayai berasal dari Thailand itu pandai berlakon meminta simpati dan turut memakai kopiah selain menyimpan janggut.
Pemeriksaan penguat kuasa JKM ke atas warga emas itu menemui wang tunai RM354 disorok di dalam kedua-dua kasutnya selain terdapat segugus kunci bilik hotel sewaannya.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM, Mujah Hamat berkata, lelaki itu tidak berkata-kata dan dipercayai bisu, namun dia jelas berang apabila wangnya dirampas.
Menurutnya, sebagai tanda protes dia melondehkan seluarnya hingga menampakkan alat sulitnya dan didapati tiada tanda-tanda dia berkhatan sebagaimana orang Islam.
“Berikutan itu kami percaya dia bukan orang Islam, apatah lagi dia berasal dari Thailand,” katanya.
Menurutnya, dalam operasi tiga jam membabitkan 23 anggota dan pegawai itu, JKM turut menahan seorang lelaki, orang kelainan upaya (OKU) warga tempatan dan menemui sejumlah wang.
Menurutnya, operasi dilakukan tiga lokasi utama iaitu sekitar Masjid Negara, Masjid Jamek dan Masjid Kampung Baru, di sini.
“Bagaimanapun ramai pengemis yang sempat melarikan diri selepas menyedari kehadiran JKM,” katanya tidak menolak kegiatan itu didalangi sindiket terancang.
Dalam operasi itu, JKM turut merampas peralatan yang dibawa pengutip derma dan mereka perlu hadir ke pejabat JKM untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Mujah berkata, sejak awal Ramadan hingga kini, pihaknya sudah membuat empat operasi menangkap pengemis sekitar ibu kota dan menahan 41 orang termasuk kanak-kanak.
Katanya, kebanyakan ditahan membabitkan pengemis warga asing terdiri daripada warga India, China, Thailand.
p/s : Mungkin JKM boleh menghantar 'spy' dahulu sebelum melakukan serbuan, bagi memastikan bagaimana mereka datang ke tempat mengemis dan di mana ia tinggal, apakah kenderaan yang dinaikki, jika dihantar oleh seseorang (yang mungkin juga sindiket terancang) mereka juga boleh ditangkap kerana melakukan eksploitasi/paksaan.
No comments:
Post a Comment