Wednesday, August 17, 2011

Langkah Pembaziran : Langkah segera menempatkan 71 pelajar mangsa kebakaran asrama

p/s 1 : Baik pulih asrama yang terbakar tu pun boleh siap dalam tempoh kurang dari dua bulan, sedangkan pembinaan kabin fiber ambil masa sehingga 1 bulan.

p/s 2 : Selepas melakukan pembaziran wang rakyat sebanyak RM1.2 juta, bulan berikutnya bangunan asrama yang dibaik pulih dah boleh digunakan. Kabin fiber itu pun akan dibuang.

p/s 3 : Memang langkah kecemasan untuk membazir wang rakyat. SPRM patut intai-intai harga kabin tersebut dan buat perbandingan di harga kabin fiber di pasaran terbuka.

p/s 4 : Apa salahnya 71 pelajar tersebut tinggal di asrama sementara yang telah disediakan selama 2 bulan................

JITRA: Kementerian Pelajaran akan membina kabin fiber komposit berharga kira-kira RM1.2 juta untuk menempatkan sementara 71 pelajar yang terbabit dalam kebakaran asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman di sini, Ahad lalu.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata projek itu akan dilaksanakan menggunakan peruntukan kecemasan kementerian yang dikhususkan untuk kes kebakaran dan bencana alam.

Katanya, pembinaan kabin itu akan mengambil masa tiga hingga empat minggu, sementara proses baik pulih atau membina semula blok asrama yang terbakar itu dijalankan dan cadangan mengenai pelaksanaannya akan dibentangkan ke Kabinet, hari ini.

"Untuk menunggu kerja baik pulih atau membina semula blok itu mengambil masa yang lama kerana kita perlu meneliti semua laporan, antaranya dari Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membolehkan ia dibentangkan pada peringkat kementerian sebelum sebarang keputusan diambil.

"Sebagai inisiatif kita akan membina satu unit kabin fiber komposit berkapasiti 100 orang sebagai langkah segera untuk menempatkan pelajar terbabit. Ibu bapa dan pelajar tidak perlu bimbang kerana kabin ini selamat, kalis api dan berkualiti tinggi selain lebih selesa.

"Saya juga difahamkan Jabatan Pelajar Negeri (JPN) sudah melakukan perkara yang patut antaranya yang berkaitan pakaian dan bantuan buku teks kerana kita difahamkan ada antara mereka ini tinggal sehelai sepinggang. Selain itu, ada juga pihak lain yang tampil untuk memberi bantuan," katanya selepas lawatan ke sekolah sukan berkenaan, semalam.

Mohd Puad berkata, buat masa ini keseluruhan blok terbabit diarahkan tutup atas faktor keselamatan walaupun hanya enam bilik yang terbabit dalam kebakaran tempoh hari.

Beliau berkata, daripada 101 pelajar yang tinggal di asrama berkenaan hanya 71 daripadanya kini ditempatkan di bilik sementara yang diubah suai.

"Kita sudah mengarahkan naik taraf tandas di bangunan berkenaan yang menelan belanja RM50,000 dan ia dijangka siap dalam tempoh dua hari.

"Selain itu, 30 pelajar lagi kini dibenarkan untuk tinggal bersama keluarga sehingga tempoh masa tertentu. Kebanyakan mereka tinggal di kawasan berhampiran seperti Alor Setar dan Kubang Pasu namun mereka masih diwajibkan untuk hadir ke sekolah," katanya.

Dalam kejadian pada jam 3.30 petang Ahad lalu, empat buah bilik asrama dan dua stor sekolah berkenaan musnah dalam kebakaran menyebabkan 71 pelajar hilang tempat tinggal.

No comments:

Post a Comment