Thursday, August 11, 2011

Dua lagi mangsa mercun di Kelantan

KETUA Jururawat, Rohayati Safee (kiri) menemani Syahir
Saifullah (baring) dan Ahmad Zakiyuddin yang cedera
 akibat bermain mercun di HRPZ II, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Kes kecederaan akibat letupan mercun di Kelantan seolah-olah tiada penghujungnya apabila dua lagi kanak-kanak lelaki nyaris putus jari.

Kali ini melibatkan kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun dalam dua kejadian di Rantau Panjang dan Kok Lanas.

Dalam kes pertama, Syahir Saifullah Jefri, 3, dari Kampung Telaga Emas, Rantau Panjang hampir putus jari tengah tangan kirinya selepas mercun bola yang dipasangnya meletup di tangan.

Bagaimanapun, jari mangsa berjaya disambungkan semula selepas menjalani pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.

Ibu mangsa, Wati Ismail, 31, berkata, kejadian berlaku pada pukul 1.30 tengah hari kelmarin ketika anaknya sedang bermain bunga api bersama abangnya, Anuar yang berumur enam tahun di depan pintu rumah.

Katanya, berdasarkan cerita Anuar, adiknya masuk ke dalam rumah untuk mencari sesuatu sebelum terjumpa sebiji mercun bola milik abang sulungnya, Shahmi Faiq, 10, yang disimpan di dalam laci meja di bilik.

"Sebaik sahaja jumpa, Syahir Saifullah terus menyalakan sumbunya dan terus meletup tanpa sempat dia membuangnya.

"Ketika kejadian, saya sedang menjahit baju raya anak sebelum terkejut dengar bunyi letupan dari arah pintu rumah," katanya ketika ditemui di Wad Anggerik HRPZ II di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

No comments:

Post a Comment