nampak macam biasa, cuba datang sendiri |
Begitulah nama yang diberikan kepada tempat yang agak unik ini.
Wadi bermakna kampung atau kawasan kecil yang dihuni, sementara Hussain adalah nama tuanpunya wadi ini.
surau |
Hana, penulis tidak sempat bertanya apakah makna dan maksudnya.
Mungkin apabila diberitahu atau tahu sahaja siapakah Hussain ini, terus tidak akan berminat lagi dan mungkin ada yang tidak akan suka akan beliau.
Tetapi, tak mengapa, penulis hanya ingin memberitahu kepada yang nak tahu, pada yang tak nak tahu, boleh terus membaca, percuma saja, tak kena caj.
Penulis rasa ramai yang kenal Syed Hussain Al-Attas, penulis dan pengkritik politik yang cukup lantang menulis, membelasah dan menelanjangkan apa jua kemelut atau hal-hal politik yang ramai tidak tahu.
Itulah sang punya nama bagi wadi bertuah ini.
Penulis ada membaca dan menyimpan beberapa buku yang ditulis oleh beliau, seingat penulis antara yang teruk 'terkena' oleh beliau ialah mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir. Lebih dari 30 buah buku mengenai Tun ditulis semasa Tun sebagai Perdana Menteri, mungkin dalam 35 buah buku seingat penulis.
sungai yang amat jernih di belakang wadi ini |
tak payah nak lari-lari, terjun tiruk je pun dah sampai ke sungai (AWAS, jangan lakukan aksi ini, takde insuran nak cover |
Penulis rasa, jika terus menulis akan mengurangkan ummmmph mengenai wadi ini, oleh yang demikian penulis berikan foto-foto yang penulis ambil pada hari tersebut. Sekeping gambar mencerminkan seribu perkataan, bayangkan kalau 20 keping foto, sebulan tak habis menulis, nah!!!
berwudhu', percuma, anugerah Ilahi |
Juga koleksi fauna dan flora, fauna!!!?
speceis terancam (sebab, cuma ada sekor je cam die nih) |
salam...saya nak tanya macam nak dptkan ctc utk pergi ke wadi hussein ni..harap boleh membantu
ReplyDelete1stly, mohon maaf, sbb x terperasan ada komen,
ReplyDelete2ndly, Tuan tanah jarang terima tetamu secara terus kecuali dari/oleh orang yang memang telah dikenalinya dan telah dibenarkan memanggil gelaran popularnya 'abah'.
3rdly, cara terbaik 'drive thru' ke Taman Hana Wadi Hussain, tapi ingat kena park kereta dekat simpang masuk, kalau ada rezeki jika dia ada disitu dia akan sambut kalau tiada, mungkin hanya pekerja sahaja yang ada.
Peringatan:
Jangan ambil apa2 foto sebelum dapat kebenarannya.