Wednesday, June 29, 2011

Sains : Sel Wnt tentukan penyebab rambut beruban.

SAINTIS telah menemui protein yang mengakibatkan rambut beruban.

GABUNGAN dua jenis sel stem iaitu sel folikel dan sel melanocytes akan membentuk rambut manusia yang berwarna.

Baru-baru ini, saintis dari Pusat Perubatan Universiti New York telah mengenal pasti sejenis protein yang mengkoordinasikan pigmentasi warna oleh dua jenis sel tersebut yang dinamakan sebagai Wnt.

Kandungan Wnt menentukan warna rambut yang akhirnya berubah menjadi uban.

Kekurangan protein tersebut dalam sel melanocytes menyebabkan rambut bertukar menjadi kelabu.

Profesor Mayumi Ito menjelaskan, manipulasi terhadap protein Wnt secara genetik boleh menghentikan rambut daripada beruban.

“Kita tahu bahawa sel stem folikel rambut dan sel melanocytes yang menghasilkan pigmen rambut sama-sama menghasilkan warna rambut tetapi bagaimana ia berlaku kita tidak ketahui.

“Kami telah mendapat petunjuk bahawa Wnt adalah penting untuk menyelaraskan aktiviti kedua-dua sel tersebut untuk mempigmentasikan struktur rambut.

“Rambut beruban adalah ditentukan oleh Wnt,” katanya dalam jurnal Cell.

No comments:

Post a Comment