Thursday, June 30, 2011

Ramadan : 1 Ogos; Eidul-Fitri dan Merdeka bertembung

DUBAI: Umat Islam akan mula berpuasa sempena Ramadan pada 1 Ogos depan, kata ahli astronomi terkenal Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ebrahim Al Jarwan, pakar astronomi Sharjah berkata ‘hilal’ (anak bulan) Ramadan dijangka akan terbit pada 30 Julai dan berakhir pada 31 Julai. “Ia kemudian akan terbentuk kira-kira 21 jam dan 23 minit selepas itu, sukar untuk melihat anak bulan dari UAE tetapi Ramadan akan bermula pada 1 Ogos,” katanya. Ebrahim berkata, Ramadan pada tahun ini akan disambut umat Islam genap 30 hari.

“Ini bermakna Aidil Fitri akan disambut pada 31 Ogos,” katanya.

Kebiasaannya sepanjang bulan Ramadan, semua restoran di UAE dan negara Teluk lain akan ditutup pada waktu siang dan semua penduduk tanpa mengira agama dilarang makan dan minum di khalayak umum.

Sementara itu, purata suhu maksimum sepanjang bulan Ramadan di negara itu dijangka di antara 38 hingga 42 darjah Celsius.

2 comments:

  1. depa dah tau, tahun nie khabarnya cuma puasa 29 hari sahaja

    ReplyDelete
  2. takut tak beraraklah tuh

    nanti kosong lak dataran merdeka...

    ReplyDelete