Friday, June 3, 2011

Nyamuk paling besar di Malaysia dijumpai.

Seekor serangga (mungkin spesis nyamuk) paling besar dijumpai di salah sebuah rumah di Taman Selayang Mulia, Batu Caves.

Nyamuk tersebut dijumpai oleh Encik Mohd Yusof Tawil di rumahnya semasa sedang membersihkan rak kasut di rumahnya, pada 3hb Jun 2011 (Jumaat) pada lebih kurang jam 7:45 pagi.

Serangga tersebut yang hinggap pada salah satu kasut telah terbang memasuki rumah beliau menyebabkan beliau dengan segera mengambil racun penyembur serangga dan menyembur serangga tersebut yang terperangkap di sebalik langsir-dengan beberapa semburan.

Tetapi serangga tersebut masih boleh terbang, dan beliau memukul serangga tersebut dengan penyapu lidi. lalu menangkapnya dan menyimpan di dalam kontena plastik seperti dalam foto.

Badan serangga tersebut dari ekor hingga ke hujung kepala adalah hampir 2.5cm, kepaknya sepanjang 25mm sebelah menjadikan bukaan apabila terbang 52mm. Mempunya dua penyedut (seperti pada nyamuk-tetapi nyamuk hanya mempunyai satu penyedut).

Serangga tersebut juga mempunyai 6 kaki dengan 3 ruas setiap kaki seperti nyamuk sepanjang 16mm untk ruas pertama, 18mm ruas kedua dan 19mm ruas ketiga menjadikan kakinya sepanjang 55mm (dua dari kakinya tercabut ketika ditangkap)

Malangnya serangga tersebut didapati telah mati lebih kurang jam 10:15 pagi hari yang sama. Beliau masih menyimpan serangga tersebut, jika ada pehak yang berminat untuk mengkajinya.

p/s : bayangkan... kalau ianya betul nyamuk yang menghisap darah manusia, 10 ekor datang ngisap je sepain darah hilang, kena 10 hari, confirm kojol sebab darah dah kering.............

No comments:

Post a Comment