Saturday, June 4, 2011

CBR Network Malaysia : Kursus Asas Petugas PDK Johor

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor dengan kerjasama CBR Network Malaysia telah mengadakan Kursus Asas Petugas PDK untuk Petugas-Petugas PDK yang baru dilantik pada 13-18hb Mei 2011 bertempat di Hotel Suria City.

Seramai 42 orang Petugas PDK yang baru dilantik telah mengikuti kursus tersebut. Mereka terdiri dari seramai 10 orang petugas lelaki dan 32 orang petugas perempuan.

Di dalam kursus tersebut sebanyak 17 Modul dalam 19 sesi kursus telah diterapkan kepada mereka yang dijalankan oleh seramai 7 orang Penceramah dan Fasilitator yang disediakan oleh CBR network Malaysia.


Antara Modul yang digunakan untuk melatih Petugas-Petugas PDK tersebut ialah:
  1. Perkembangan awal kanak-kanak.
  2. Manipulasi alat permainan.
  3. Pra-sekolah.
  4. Rancangan Pembelajaran Individu.
  5. Journal.
  6. Rancangan Pembelajaran.
  7. Penilaian Pelatih PDK.
  8. Pra-vokasional.
  9. Vokasional.
  10. Membuat dan membina Alat Bantu Mengajar yang mudah dan murah.
  11. Penggunaan PROBE.
  12. Inovasi produk PDK.
  13. Pengenalan kepada pakar-pakar pemulihan perubatam:
    1. Pakar Pemulihan Anggota.
    2. Pakar Pemulihan Pertuturan dan Patologis Bahasa.
    3. Pakar Pemulihan Carakerja.
  14. Kajian Kes.
  15. Pembentangan Kajian Kes.
  16. Terapi beredar.
  17. Konvensyen Hak-Hak Kanak-Kanak (CRC).
  18. Simulasi, dan
  19. Perkongsian Simulasi.

Tujuan diadakan kursus ini adalah sebagai satu pemangkin kepada pendayaan dan keberkesanan bagi Petugas-Petugas PDK dalam menjalankan tanggungjawab melatih Pelatih OKU di PDK.

Dengan adanya kurss ini juga adalah diharapkan Petugas-Petugas PDK dapat menjalankan latihan dan pembelajaran dengan lebih baik dan tersusun.

Dalam Modul Kajian Kes, seramai 18 orang Pelatih OKU dari 4 buah PDK dalam Bandaraya Johor Bahru telah didatangkan khas bagi menjadi 'life study case' dalam kursus tersebut. Mereka terdiri dari pelbagai kategori kurang upaya dan pelbagai peringkat umur.

Modul Kajian Kes ini bertujuan untuk melatih Petugas PDK dalam menjalankan penilaian, pemerhatian, mencungkil maklumat, merancang pelan pembelajaran dan membuat rancangan pembelajaran individu.

No comments:

Post a Comment