Monday, May 9, 2011

Scotland akan Merdeka dari England

EDINBURGH - Scotland semakin menghampiri kemerdekaan daripada Britain selepas Parti Nasional Scotland (SNP) memperoleh kemenangan mengejut dalam pilihan raya tempatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Scotland di bawah England semenjak 1707
 Susulan kemenangan SNP, pemimpinnya, Alex Salmond akan mengadakan satu pungutan suara rakyat bagi merealisasikan kemerdekaan Scotland dalam masa terdekat.

Antara Pemandangan yang menarik di Scotland
 Parti SNP memperoleh kemenangan majoriti sekali gus menguasai Parlimen Scotland. Ia merampas 69 kerusi pada pilihan raya berkenaan yang berlangsung Khamis lalu.

Bendera Scotland
 Parti itu menewaskan parti pemerintah, Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri David Cameron yang cuma memperoleh 37 kerusi manakala sebuah lagi parti utama Britain, Parti Konservatif memenangi 15 kerusi.

Peta Wilayah-Wilayah Scotland
 Britain merupakan sebuah negara merdeka yang terdiri daripada empat buah negeri iaitu England, Ireland Utara, Scotland, dan Wales.

Woooohhh! Sungguh mengasyikkan.
 Scotland merupakan sebahagian Britain sejak tahun 1707.

Antara Matawang Scotland
 Dari sudut perlembagaan, Perdana Menteri Britain berkuasa untuk menghalang kemerdekaan Scotland tetapi realitinya adalah sukar untuk mengekang hasrat rakyat Scotland yang inginkan pemerintahan sendiri. - Agensi

No comments:

Post a Comment