Monday, April 4, 2011

Sebelum Aku Pergi lirik terakhir Seri Bayu

Allahyarham Seri Bayu (jamaluddin Sulik)
PORT DICKSON – “Saya sudah merakamkan sebuah lirik lagu bertajuk Sebelum Aku Pergi ciptaan Seri Bayu tetapi belum sempat album single itu diterbitkan, arwah sudah pun pergi meninggalkan kami.”

Itulah luahan, Nazira Abdul Ghani, 16, yang merupakan anak angkat kepada komposer dan penulis lirik terkenal Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaludin Sulik, 45, yang meninggal dunia di Hospital Port Dickson kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin akibat penyakit saraf.

Nazira yang ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Pelanduk di sini semalam berkata, lagu tersebut sudah lama dicipta oleh Seri Bayu tetapi beliau tidak mempunyai penyanyi yang sesuai untuk menyanyikan lagu tersebut.

“Bagaimanapun, beberapa bulan lalu, saya berjumpa dengan arwah selepas satu pertandingan karaoke di Bangi, Selangor dan dia berhasrat mendidik saya menjadi penyanyi,” katanya di sini semalam.

Menurut Nazira, arwah tinggal bersama keluarganya di Kampung Teluk Pelanduk di sini sejak empat bulan lalu sebelum dia meninggal dunia.

“Seri Bayu sangat teruja untuk menyiapkan album ini dan semua perancangan sudah dilakukan olehnya dengan bantuan beberapa rakan.

“Saya sedih kerana hasrat arwah untuk menerbitkan single ini tidak kesampaian,” jelasnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

No comments:

Post a Comment