KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) akan memantau secara berterusan kadar radioaktif termasuk dalam sampel air laut, air hujan dan tanah dari beberapa lokasi seluruh negara.
Menterinya, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, analisis sampel akan dijalankan oleh Agensi Nuklear Malaysia ekoran sampel air laut berhampiran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun yang masih melebihi had yang dibenarkan oleh pihak berkuasa negara itu.
“Laporan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 29 Mac lepas mengesahkan keadaan masih serius di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi, Jepun,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
No comments:
Post a Comment