Friday, April 15, 2011

Pembaharuan baharu pesawat A330-300 MAS

PESAWAT A330-300 baharu MAS menerapkan teknologi terkini
yang turut menekankan keselesaan penumpang.
SEPANG – Malaysian Airline System Bhd. (MAS) menyasarkan penurunan kos sehingga 15 peratus menjelang tahun 2015 melalui pembaharuan rangkaian pesawatnya kepada yang lebih canggih dan memerlukan kos operasi yang lebih rendah.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Seri Tengku Azmil Zahruddin berkata, pesawat Airbus model A330-300 terbaharu itu menggunakan minyak secara lebih efisien, mempunyai kos penyelenggaraan yang lebih rendah dan kebolehpercayaan yang tinggi.

“Model ini akan digunakan dengan lebih menyeluruh dengan keupayaan melakukan operasi yang sebelum ini tidak mampu dilakukan oleh pesawat kami yang lama.

“Ia bakal digunakan untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran yang sedang giat berkembang seperti Australia, India, China dan Timur Tengah,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran penerbangan A330-300 oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

No comments:

Post a Comment