p/s: Masalah ini akan berlaku jiga Pengurusan PDK (AJK, Penyelia & Petugas PDK) tak TEGAS (ditambah dengan TIDAK MEMAHAMI FUNGSI PDK) maka ibubapa akan mempergunakan kelemahan ini untuk kesenangan mereka.
KUALA LUMPUR: Ibu bapa kepada anak kelainan upaya (OKU) disarankan supaya bekerjasama dalam memberi perhatian kepada proses pembesaran anak mereka serta tidak menjadikan pusat pemulihan sebagai tempat ‘menyimpan anak’ ketika bekerja.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noormah Abdul Rauf, berkata kerajaan dan badan korporat hanya membantu secara sampingan dan ibu bapa seharusnya tidak melepaskan tanggungjawab kerana mereka yang patut lebih memikirkan kepentingan anak mereka.
“Ini bagi mengelakkan OKU bergantung kepada pusat pemulihan sedangkan usia mereka sudah mencecah setengah abad kerana tidak mampu berdikari selain tiada komuniti yang mengambil berat,” katanya pada Majlis Beramah Mesra Bersama Ibu Bapa dan Pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Lembah Pantai di sini, semalam.
Majlis dirasmikan isteri Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap wakil Badan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Nafesah Raja Nong Chik.
sumber dari mymetro dan 'PKMD Gombak':
http://pkmdgombak.blogspot.com/2011/04/bukan-tempat-simpan-anak.html
No comments:
Post a Comment