Sunday, April 10, 2011

Misteri Amgkasalepas : Letupan Gamma 11 hari bingungkan saintis

LETUPAN selama 11 hari di sebuah galaksi di angkasa lepas
membinggungkan para saintis.
LOS ANGELES - Letupan kosmik di galaksi yang jauh dari Bumi berlanjutan selama 11 hari telah membuatkan para saintis astronomi berada dalam keadaan kebingungan, lapor sebuah akhbar semalam.

Keadaan itu berlaku kerana letupan sinar Gamma biasanya berlaku hanya beberapa jam.

Letupan Gamma luar biasa itu dirakamkan satelit Swift milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) pada 28 Mac lalu.

Namun, para saintis bingung kenapa kesannya boleh berlanjutan begitu lama.

Lebih seminggu kemudian, mereka masih boleh melihat radiasi berkuasa tinggi terus muncul dari galaksi tersebut. Letupan itu mungkin disebabkan oleh sebutir bintang yang terpecah selepas berada terlalu hampir dengan satu lohong besar di angkasa lepas.

Sejak ia berlaku, Teleskop Angkasa Hubble dan Balai Cerap Chandra X-ray memberi fokus terhadap kesan letupan itu.

Hubble akan memantau sama ada kerak galaksi akan berubah tahap kecerahannya pada tempoh beberapa hari lagi.

Galaksi itu terletak 3.8 bilion tahun cahaya dari Bumi. Setiap tahun cahaya dianggarkan sejauh 9.65 trilion kilometer. - Agensi

No comments:

Post a Comment