Saturday, April 2, 2011

Malapetaka 3 Serangkai Jepun : Solat hajat di Masjid Sendai

<>

Berdo'a Selepas Solat Hajat

MIYAGI: Sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan di Jepun Kelab Putera 1Malaysia berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sendai diHaciman bersama komuniti beragama Islam yang menetap di sini.

Masjid Sendai
Solat Jumaat diimamkan Zulfiqar Zagar, 45, warga Pakistan yang menjadi imam tetap di masjid berkenaan dan juga sukarelawan dari Pusat Kebudayaan Islam Sendai (ICCS).

Semua jemaah seramai kira-kira 60 orang kemudian menunaikan solat hajat bagi meminta masyarakat Islam di Jepun dijauhkan dari bencana alam yang teruk seperti yang sudah berlaku.

Zulfikar berkata, seramai tujuh orang masyarakat Islam yang bernaung di bawah ICCS dipercayai terkorban dalam tragedi tsunami itu iaitu enam warga Indonesia dan seorang warga Pakistan.

“Kami bersyukur dengan kehadiran anggota misi yang membantu mangsa bencana dan masyarakat Islam di sini. Ini sedikit sebanyak dapat memberi sokongan moral kepada kami.

“Kebanyakan masyarakat Islam di sini adalah pekerja dan pelajar asing terutamanya dari Pakistan,” katanya.

myMetro:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SolathajatdiMasjidSendai/Article/index_html

No comments:

Post a Comment