Sunday, March 6, 2011

Safee Sali : Keperibadian dikagumi

p/s: harap menjadi contoh juga kepada pemain-pemain muda Malaysia dan Selangor.

JURULATIH kelahiran Serbia, Miodrag Radovic kagum dengan personaliti Safee Sali yang dianggapnya profesional dan mudah mesra.

Keperibadian penyerang kebangsaan disifatkannya mudah memahami arahan itu menjadi nilai tambahan kepada ketajaman dimiliki ketika menyerang kubu lawan.

Jurulatih yang baru empat bulan bersama kelab Pelita Jaya itu menganggap, kehadiran Safee menutup kelemahan dialami Pelita Jaya pada pusingan pertama Liga Super Indonesia (ISL) 2010-11.

“Kami memang sebuah pasukan kuat dengan dibarisi pemain muda. Tapi dengan kehadiran Safee di jentera serangan, saya pasti kami lebih berbisa selepas ini,” kata Radovic yang mesra dengan panggilan Misha.

“Saya tidak sangka kali pertama bertemu Safee, dia cukup profesional baik di padang mahupun di luar. Dia tidak pernah mempersoal apa lagi membantah arahan saya sebagai jurulatih.”

Kemasukan Safee memberi pilihan kepada jentera depan yang sebelum ini hanya bergantung kepada penyerang Paraguay, Juan Ramirez.


“Kini kami ada dua penyerang yang mempunyai karakter berbeza. Ramirez dengan kekuatan larian, manakala Safee mempunyai kebijaksanaan dalam melaksanakan penyudah.

“Jika sebelum ini Ramirez dikawal ketat, kini lawan terpaksa mengawal salah seorang pemain ini, sama ada Ramirez atau Safee.

“Saya harap kehadiran Safee jadi penyuntik motivasi terhadap pemain muda,” katanya.

No comments:

Post a Comment