Sunday, March 6, 2011

RM300 juta bantu rakyat miskin miliki rumah sendiri

p/s: Stategi Dua Hala : Rakyat dapat rumah; pelajar Giat Mara akan menguji kemahiran yang dipelajari secara praktikal.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM300 juta tahun ini menerusi Program Bantuan Rumah kementerian itu untuk membantu rakyat miskin memiliki rumah sendiri.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kementerian berkenaan menyasarkan untuk membina 9,000 rumah di bawah program itu berbanding 16,000 rumah dibina tahun lalu.

“Kita akan bantu rakyat memiliki rumah dengan membina rumah bernilai RM33,000 di Semenanjung dan RM45,000 di Sabah serta Sarawak untuk pastikan mereka ada rumah untuk didiami,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Selain itu, Shafie berkata, kementerian turut menggalakkan golongan muda yang belajar di Pusat Giat Mara terlibat dalam program berkenaan untuk membina dan membaik pulih rumah.

“Kita mahu latihan mereka dapat dalam Giat Mara digunakan dalam program ini dan setakat ini, ramai berminat menyertai kita (kementerian) membina dan membaik pulih,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment