Sunday, March 6, 2011

PDK Selayang : Program Rhythm Dynamics : Pemulihan melalui Muzik.

Pemulihan Melalui Muzik dengan menggunakan kaedah 'Rhythm Dynamics' telah memasuki tahun ke dua di PDK Selayang.


 Sebanyak 24 sesi bersama dengan jurumuzik profesional dan 24 sesi lagi akan dijalankan oleh 4 orang Petugas PDK yang dipilih dan dilatih untuk menjalankan program tersebut berselang seli dengan jurumuzik profesional tersebut.


 Sesi bersama dengan jurumuzik profesional diserta bersama-sam oleh PDK Rawang dan PDK Hulu Kelang.


Pelatih OKU PDK dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kanak-kanak dan remaja. Seramai 12 orang pelatih PDK dari kumpulan kanak-kanak kurang upaya dari perbagai jenis kurang upaya mengikuti program tersebut sementara seramai 16 pelatih remaja mengikuti program tersebut.


Sesi bersama jurumuzik profesional dijalankan selama 2 jam iaitu 1 jam untuk kanak-kanak dan satu jam untuk remaja.

PDK Rawang menghantar seramai 10 orang pelatih yang terdiri dari 7 orang pelatih remaja dan 3 orang pelatih kanak-kanak.


Add caption
 Sementara PDK Hulu Kelang menghantar 8 orang pelatih yang terdiri dari 5 pelatih remaja dan 3 pelatih kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment