KUALA LUMPUR: Kecenderungan budaya membaca di Malaysia menunjukkan peningkatan selari dengan industri buku negara yang semakin maju.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (PKDK), Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, buku yang diterbitkan dalam negara pada 2009 adalah sebanyak 15,767 judul yang membabitkan 5,150 penulis, namun jumlahnya semakin meningkat pada tahun lalu dengan 167,704 judul diterbitkan membabitkan 8,887 penulis.
“Pada Disember tahun lalu kita mendapati sebanyak 208,700 judul buku direkodkan keluarannya. Ini bermakna industri buku negara semakin berkembang maju dengan penerbitan buku berbentuk fiksyen dan bukan fiksyen.
“Malah, apa yang membanggakan apabila jualan buku pada hujung 2009 dicatatkan sebanyak RM2.1 bilion. Ini menunjukkan bahawa perniagaan buku juga boleh menjana pendapatan negara,” katanya ketika hadir pada Program Mari Membaca 1Malaysia Bersama Datuk Michelle Yeoh, di Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Jalan Tun Razak, petang semalam.
Hadir sama pada majlis itu adalah Timbalan Menteri PKDNK, Datuk Maglin Dennis D’Cruz; Ketua Setiausaha PKDK, Datuk Sri Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah PNM, Datuk Roslin Abu Bakar.
Sementara itu, Yeoh dipilih sebagai Ikon Membaca PNM yang dilantik sejak 21 April tahun lalu bagi menyemarakkan lagi budaya membaca di kalangan rakyat negara ini. Menurut Dr Rais, budaya membaca seharusnya dijadikan sebagai perbuatan dan minat di kalangan rakyat negara ini sambil menekankan bahawa kunci kejayaan adalah membaca.
“Kajian yang dilakukan mendapati secara puratanya kanak-kanak di bawah umur 10 tahun membaca buku paling banyak iaitu lapan hingga 12 judul dalam setahun berbanding orang dewasa yang berumur 41 tahun dan ke atas yang membaca kurang enam buku setahun,” katanya.
p/s: peningkatan nilai jualan mungkin disebabkan kenaikan harga buku, yang paling pasti ialah berapa banyak bukukah yang terjual adalah makenisma paling tepat untuk dibuat perbandingan.
kawan antara orang yang paling malas nak membaca kat buku
ReplyDelete