Saturday, March 5, 2011

Malas untuk mencuba : Cuba dulu gerai baru

p/s : sudah menjadi sifat orang kita (terutamanya Melayu) yang malas mencuba..........

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan mengadakan perjumpaan terakhir bersama pengerusi persatuan dan peniaga Pasar Keramat awal Mac ini bagi menyelesaikan masalah pemindahan ke pasar baru Keramat Mall yang sudah lama tertunda.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya berharap peniaga akan segera memenuhi ruangan gerai di situ selewat-lewatnya hujung Mac ini.

Sebelum ini, peniaga enggan berpindah sehingga projek berkenaan menjadi projek gajah putih kerana terbiar.

Metroplus minggu lalu menyiarkan isu Keramat Mall seperti projek gajah putih yang terbiar meskipun projek berkenaan telah siap hampir dua tahun dan boleh diduduki peniaga.

Menurut Ahmad Phesal, segala permintaan peniaga cuba dipenuhi dan jika ada masalah sekalipun beliau berharap peniaga akan bersabar dan menurut saja permintaan demi kesenangan bersama.

Namun, atas beberapa sebab ramai peniaga yang enggan berpindah dan majoriti meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyelesaikan segera masalah itu dan ia menjadi semakin rumit sehingga mendapat campur tangan kementerian.

Ahmad Phesal ketika dihubungi berkata, perbincangan ini adalah yang terakhir dan berharap satu kata sepakat dapat dicapai bersama peniaga semua.


“Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini dengan segera dan setakat ini hanya 64 peniaga yang bersetuju untuk berpindah dan selebihnya masih menimbangkannya ekoran rungutan mereka keadaan kedai yang kurang sesuai malah peniaga gerai basah juga enggan berpindah.

“Apa yang kami harapkan masing-masing akan memenuhi ruangan berkenaan dan selepas itu barulah tindakan susulan akan kita jalankan. “Selagi peniaga tidak berusaha memenuhi gerai di situ selagi itulah kami tidak dapat mencari punca utama masalah kerana masing-masing belum mencuba mendiami gerai berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment