Saturday, March 5, 2011

‘Azizul tokoh ikon lumba basikal sebenar’

p/s: kita kalau melecet sikit pun mungkin tak kayuh lagi dah!!!

Azizul Hasni Awang
DATUK Seri Najib Tun Razak semalam menyifatkan jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang yang tetap meneruskan perlumbaan walaupun mengalami kecederaan semasa kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester bulan lepas, sebagai tokoh ikon sebenar.

“Kamu membuat kami berasa bangga. Kamu menunjukkan apa sebenarnya makna semangat.

“Sebenarnya kamu adalah tokoh ikon sebenar-benarnya, yang tidak mengenal erti menyerah kalah,” kata Perdana Menteri pada satu majlis makan tengah hari dengan rakyat Malaysia di Universiti Melbourne, kebanyakannya pelajar dan turut dihadiri Azizulhasni.

Azizulhasni merupakan penuntut universiti itu dan kini berpangkalan di Melbourne bersama skuad berbasikal trek negara. Di majlis itu, Najib kemudian menyampaikan sumbangan AUD$10,000 (RM30,679) dari Majlis Sukan Negara (MSN) kepada Azizulhasni.

Najib juga menyifatkan episod Azizulhasni itu sebagai cerita menarik.

“Dalam hidup, kamu tidak boleh ada perkataan menyerah kalah. Anda hadapi rintangan, atasi rintangan itu. Anda hadapi cabaran, tanggung kesakitan itu dan jika melakukannya, anda akan berjaya,” katanya.

Azizulhasni terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan serpihan kayu 20 sentimeter tertusuk di betis kirinya sewaktu menyertai kejohanan di Manchester itu, dua minggu lalu.

Foto serpihan kayu yang tertusuk ke betis Azizul Hasni Awang
Biarpun betisnya masih tertusuk serpihan kayu itu, Azizulhasni bingkas menunggang semula basikalnya untuk menamatkan perlumbaan dan meraih pingat gangsa, memastikannya terus mengungguli ranking pertama Siri Klasik Piala Dunia.

Masih berkayuh walaupun serpihan kayu masih di betisnya
untuk meraih pingat gangsa
Najib berkata, Azizulhasni juga menjadi simbol dalam hubungan Malaysia-Australia seperti yang disebut Perdana Menteri Australia, Julia Gillard bahawa ‘Azizulhasni pelumba Malaysia bertaraf dunia di bawah asuhan Australia’.


Sambil mengucapkan selamat berjaya kepada Azizulhasni, Najib berkata, Malaysia mahu pelumba itu membuat negara berasa bangga dengan meraih emas.

Malaysia menyandarkan harapan kepada Azizulhasni untuk meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 London. - Bernama

baca lagi @ metro:
http://www.hmetro.com.my/articles/2011030502381020110305023810/Article

No comments:

Post a Comment