SHAH ALAM: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Tinggi Malaysia (STPM) di Selangor mencatatkan penurunan peratusan calon lulus penuh dalam semua mata pelajaran pada kadar 0.3 peratus iaitu 3,844 calon berbanding tahun sebelumnya iaitu 3,951 calon.
Bagaimanapun, berdasarkan perangkaan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS) semalam, terdapat peningkatan dalam tujuh mata pelajaran dalam peperiksaan itu iaitu, Pengajian Am yang mencatatkan pertambahan pada kadar 0.34 peratus; Kesusateraan Inggeris (2.59 peratus); Matematik Tambahan (3.48 peratus) dan Sains Sukan (5.18 peratus).
Manakala bilangan calon yang mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 bagi 2010 meningkat iaitu sebanyak 65 calon berbanding 2009 iaitu sebanyak 38 calon.
Pada 2010 sebanyak 4,026 calon menduduki peperiksaan STPM berbanding 4,126 calon padan tahun sebelumnya.
Peperiksaan bertulis SPTM 2010 dijalankan dari 22 November hingga 17 Disember di 74 pusat peperiksaan membabitkan 77 buah sekolah di seluruh Selangor.
p/s: kenapa terjadi begitu, satu kajian dan pelan tindakan perlu dilakukan.
No comments:
Post a Comment