Tuesday, February 15, 2011

Program amal Samsung Corning

SEREMBAN: Syarikat gergasi, Samsung Corning (M) Sdn Bhd menabur bakti menerusi program khidmat masyarakat dengan membantu keluarga kurang bernasib baik dan anak yatim melalui gotong-royong termasuk menaik taraf dan membersihkan kawasan kediaman mereka, di Taman Permai 2, baru-baru ini.

Program yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu bertujuan meringankan beban golongan berkenaan selain mendedahkan kakitangan syarikat dengan aktiviti amal serta mendidik sikap prihatin terhadap mereka kurang bernasib baik.

Antaranya termasuk keluarga ibu tunggal, Asliza Shahid, 38, bersama enam anaknya berusia antara empat hingga 18 tahun.

No comments:

Post a Comment