AHLI warga emas yang menyertai Power Walks di Hulu Langat baru-baru ini. |
SIHAT. Bagi merangsang penglibatan masyarakat dalam menyertai aktiviti senaman, penduduk warga emas Hulu Langat menganjurkan program Power Walks atau Berjalan Laju setiap minggu bermula Ahad baru-baru ini.
Power Walks merupakan kaedah senaman praktikal dan selamat yang boleh mendapat 60 hingga 80 peratus kadar nadi maksimum yang menyamai aktiviti berjoging dan berlari.
Di bawah bimbingan jurulatih profesional Mohd. Sufian Sulaiman, semua peserta diajar teknik senaman yang betul secara berkesinambungan selama enam bulan pada setiap hari Ahad tanpa bayaran.
"Program ini terbuka kepada mereka yang berusia 45 tahun ke atas kerana Power Walks sangat sesuai bagi golongan berisiko menghidap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti," kata Mohd. Sufian.
No comments:
Post a Comment