Seramai 30 orang peserta kursus dari MAKPEM hari ini mengunjungi PDK Selayang untuk melengkapkan jadual kursus mereka pada Rabu 9hb Februari 2011. Mereka tiba seawal jam 8:50 pagi dengan diketuai oleh Mr Vengadason.
Mereka disambut oleh Pembantu Penyelia PDK Selayang iaitu Puan Jamaliah Ahmad, dan beliau telah memberi taklimat ringkas berkenaan PDK Selayang.
Selepas itu Pakar Pemulihan yang terdiri dari Jurupulih Anggota, Jurupulih Pertuturan dan Jurupulih Carakerja dari PDK Selayang menyampaikan ceramah pendek mengenai bidang tugas mereka di PDK Selayang selama 15 minit setiap seorang.
Mereka kemudiannya dibahagikan kepad 3 kumpulan yang mana setiap kumpulan akan bergerak berjumpa dengan tiap-tiap Pakar Pemulihan selama 30 minit setiap kumpulan, yang mana mereka boleh bertanya tentang kemusykilan mereka mengenai masalah yang mereka hadapi selama/semasa melatih OKU di tempat masing-masing.
Program tamat pada jam 12:30 tengahari.
No comments:
Post a Comment