Kebiasaannya asid urik dikeluarkan dari tubuh melalui urin atau air kencing. Namun begitu, metabolisma purin yang tidak normal menyebabkan asid urik berkumpul di dalam darah dan membentuk garam urates (kristal urates). Keadaan ini dipanggil GOUT.
Garam urates (asid urik yang berlebihan) akan dimendakkan di sendi-sendi terutama di bahagian leher, lutut, kaki dan jari akan meninggalkan kesan yang amat menyakitkan. Serangan juga dikaitkan dengan lebihan berat badan, kurang aktiviti fizikal dan pengambilan alkohol berlebihan.
Diet yang dikhaskan untuk pesakit gout atau yang mempunyai asid urik yang tinggi (hiperuricaemia) di dalam darah ialah DIET RENDAH PURIN
Bagaimana asid urik dihasilkan:
Asid urik dihasilkan di dalam tubuh dengan dua cara:
- Dari makanan: iaitu sebagai bahan buangan hasil dari metabolisma protein yang dinamakan nukleo-protein. Protein ini mempunyai DNA dan RNA iaitu asid nukleik yang mempunyai genetik. Purin merupakan sebahagian dari asid nukleik ini. Apabila tubuh memproses nukleo-protein dari makanan, purin akan dibebaskan dan ia perlu dihapuskan. Jadi tubuh akan menukarkan purin kepada asid urik seterusnya mengeluarkannya dari tubuh melalui urin.
- Dari sel-sel tubuh sendiri: di mana tubuh menghasilkan sejumlah asid urik. Apabila asid urik dihasilkan lebih cepat dari yang dihapuskan oleh buah pinggang, parasnya akan meningkat di dalam darah. Asid urik ini akan termendap pada beberapa jenis tisu seperti di sekeliling sendi. Ini akan menyebabkan inflamasi dan kesakitan.
Panduan Pemakanan:
Makanan dengan kandungan purin yang tinggi (>150mg/100g makanan). Pengambilan makanan ini biasanya akan menimbulkan kesakitan yang sangat cepat antara 15-60 minit selepas mengambil makanan, dalam sesetengah kes terpaksa mengambil pil anti gout atau pil tahan sakit dan kesan sakit akan hilang dalam temoh 24-72 jam. Kemungkinan berulang akan berlaku. Elakkan pengambilan makanan ini.
- Organ dalaman haiwan seperti hati, paru, jantung, pankreas, boah pinggang, perut, hempedal.
- Ikan bilis.
- Ekstrak daging.
- Angsa.
- Kepah.
- Sardin dalam tin/ikan sardin.
- Telur ikan.
- Alkohol (arak).
- Ikan (terutamanya ikan yang hidup dilaut dalam, bersaiz besar dan hidup lebih lama dari 6 bulan) Yu, Tuna, Siakap, Pari, Tenggiri, Parang dsb.
- Ayam.
- Daging merah (kambing, lembu, kerbau, unta, kuda).
- Kerangan-kerangan laut (kerang, kupang, siput retak seribu, siput sedut, dsb).
- Asparagus.
- Cendawan.
- Bayam.
- Tomato.
- Kekacang kering (dhal, peas)
- Petai, kacang buncis, kacang panjang, sayur bendi.
- Minuman berkarbonat.
- Bijirin dan hasil bijirin seperti nasi, roti, mee, mee hoon, kue tiau.
- Kek dan biskut.
- Susu dan hasil tenusu seperti keju.
- Semua jenis minyak masak seperti minyak bijan, minyak jagung, minyak jagung (pengambilan secara minima), mentega, marjerin.
- Buah-buahan
- Minuman seperti teh, kopi, coklat, malt
- Gula, aiskrim, manisan dan puding (pengambilan separuh daripada biasa)
- Garam dan perasa makanan
- Herba
- Telur ayam (terhad kepada 2-3 biji seminggu)
untuk itu harus bersukan, paling kurang seminggu sekali. contohnya seperti aktiviti badminton
ReplyDeleteJangan lupa selasa nih!
ReplyDelete