Thursday, February 17, 2011

Nasib ibu tunggal dibela

p/s: Rezeki ayam nampak dikaki, rezeki manusia siapa yang tahu (tahu tahu nanti bekas suami datang balik sebab bekas bini dah senang)

TELUK INTAN: Tiada kata yang mampu diucapkan seorang ibu tunggal apabila kisah penderitaannya sekeluarga yang menetap di stor usang sejak 11 tahun lalu mendapat perhatian daripada kerajaan negeri yang bersetuju meluluskan sebidang tanah untuk membina rumah bagi keluarga berkenaan, semalam.

Kisah sedih Minizah Muhammad, 38, yang menginap di stor usang milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Kampung Esso, Jalan Maharaja Lela, dekat sini, ditemani tiga anak berusia 11 hingga 18 tahun itu mengejutkan ramai pihak selepas penderitaan keluarga malang itu disiarkan akhbar ini kelmarin.

Berita gembira itu dimaklumkan sendiri Ketua Pemuda Umno Teluk Intan, Mohd Yuzaili Yusof yang mengunjungi keluarga berkenaan semalam selepas Pegawai Daerah Hilir Perak, Ahmad Zainuddin Yeop Shamsuddin meluluskan sebidang tanah bagi membolehkan sebuah rumah dibina untuk keluarga itu. Minizah berkata, dia terharu dengan sumbangan diberikan malah tidak menyangka penderitaan dihadapinya sekeluarga mendapat liputan meluas seterusnya membantunya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Katanya, dia terharu dengan usaha Pemuda Umno Teluk Intan malah sangat berterima kasih dengan bantuan yang diberikan pelbagai pihak.

Saya tidak menyangka sebaik saja berita terpapar di Harian Metro, rumah saya menjadi tumpuan ramai yang datang memberi kata-kata semangat malah ada juga yang sudi menghulurkan bantuan kepada kami.

“Saya tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa mereka semua ini. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana doa saya selama ini tak sia-sia,” katanya yang ditemui semalam.

1 comment:

  1. itu rezeki Allah bila hendak di beri datang dengan tidak di sangka2

    ReplyDelete