Wednesday, February 9, 2011

Mesir : Operasi Piramid : Petronas sumbang RM2 juta

KUALA LUMPUR: Petronas menyumbang RM2 juta kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membantu operasi pasukan itu mengeluarkan rakyat Malaysia dari Mesir.

Sumbangan itu diberikan berikutan gesaan kerajaan baru-baru ini supaya sektor awam dan swasta bekerjasama membawa pulang semua rakyat Malaysia ke tanah air.

“Petronas berbesar hati bersama-sama dengan TUDM dan syarikat Malaysia yang lain termasuk AirAsia Bhd dan Malaysia Airlines Bhd menjayakan usaha murni ini,” menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat Petronas, semalam.

Petronas berkata, syarikat itu sudah memindahkan semua warga kerja dan keluarga mereka dari Mesir dan memantau perkembangan di negara itu.

Sementara itu, Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kelancaran operasi pemindahan rakyat Malaysia di negara bergolak itu.

Presiden UNI-MLC Mohamed Shafie Mammal berkata, operasi pemindahan itu dijalankan dengan lancar tanpa mengira kaum, agama atau kecenderungan politik mereka yang berkenaan.

p/s: Ada lagi tak GLC, Korporat dan Individu yang nak menambah sumbangan?

No comments:

Post a Comment