Monday, February 14, 2011

Mesir : Luahan Pelajar : 'Tiada lebih aman selain negara sendiri'

p/s: Al-HAMDULILLAH!,  ada juga yang sedar, Malaysia adalah tempat terbaik untuk kita, tetapi jangan pula ada yang teringin mengimpot atau membawa pulang dakyah tersebut ke Malaysia semata-mata untuk kepentingan diri, (mereka patut dihukum)


MELAKA: “Tiada tempat lain yang lebih selamat dan aman selain negara ini. Saya amat bersyukur dengan kesejahteraan dinikmati selama ini,” kata Mohamad Khairudin Sabtu, 27, pelajar Mesir yang selamat tiba di tanah air, Jumaat lalu.

Katanya, dia selamat tiba kira-kira jam 2 pagi dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) bersama lebih 300 pelajar lain selepas berlepas dari Jeddah, Arab Saudi.

Beliau yang menetap bersama ibunya, Rahmah Tamby Ali, 63, di Taman Seri Budi, Batu Berendam, di sini, berkata, lima pelajar lain dari negeri ini turut berjaya pulang manakala tujuh lagi pelajar bersama mereka dari Shoubra, Kaherah, masih berada di Jeddah.

read more @ metro:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tiadalebihamanselainnegarasendiri/Article/index_html

No comments:

Post a Comment