LARIAN Malam Energizer pada tahun ini dijangka lebih mencabar dan meriah apabila buat pertama kalinya para peserta akan berlari di atas trek Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Pengurus Penjenamaan Energizer, Joshua Leong berkata, penyertaan untuk tahun ini juga bertambah seramai 10,000 orang berbanding 5,000 orang pada tahun lepas.
Joshua berkata, sebelum ini hanya ada tiga kategori iaitu larian sejauh 42 kilometer, 21 kilometer dan 10 kilometer," katanya pada sidang akhbar sempena Larian Malam Energizer di Pusat Beli-Belah The Curve semalam.
Katanya, pada tahun ini, ada satu lagi kategori yang ditambah iaitu larian sejauh 5.5 kilometer untuk memberi peluang kepada peserta muda, manakala larian 10 kilometer telah ditambah menjadi 11 kilometer.
Beliau berkata, Llarian Malam Energizer yang akan diadakan 16 April ini membabitkan 3,000 peserta untuk kategori 42 dan 21 kilometer, manakala 7,000 orang pula akan menyertai larian 11 kilometer dan 5.5 kilometer.
Menurut Joshua, atas faktor keselamatan, pihaknya akan menyediakan pasukan perubatan profesional di sepanjang trek.
"Sebelum memulakan larian, peserta juga akan melalui pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah dan jantung.
"Selain itu, sama seperti tahun lepas, setiap peserta akan dibekalkan dengan lampu kepala diod pemancar cahaya (LED) Energizer yang dipakai di kepala masing-masing," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Energizer Malaysia, Mike Foong berkata, larian bagi kategori 42 kilometer akan dimulakan pada pukul 7.40 malam dengan masa larian selama 7 jam, manakala larian 21 kilometer pula akan bermula pada pukul 8.15 malam (selama tiga jam).
"Bagi kategori 11 kilometer pula, peserta akan memulakan larian pada pukul 8.30 malam dan masa yang perlu dilakukan adalah selama dua jam. Begitu juga dengan kategori 5.5 kilometer yang akan memulakan larian mereka pada pukul 9 malam.''
Jelasnya, Larian Malam Energizer yang pertama di Malaysia ini turut diadakan di seluruh dunia seperti di Afrika Selatan, Korea Selatan, Filipina dan Argentina
No comments:
Post a Comment