Saturday, February 19, 2011

Kursus Asas Petugas PDK Negeri Sarawak.

Kursus Asas Petugas PDK Negeri Sarawak telah diadakan dari 18 hingga 22hb Februari 2011 bertempat di Merdeka Palace.

Kursus dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak dengan kerjasama dari CBR Network Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam melatih Petugas-Petugas PDK di Malaysia. Seramai 6 orang Penceramah, Fasilitator dan Pakar Pemulihan didatangkan dari Kuala Lumpur untuk mempastikan peserta kursus khususnya Petugas PDK yang baru memahami kerja-kerja dan tugas-tugas mereka di PDK.

Mereka ialah:
  1. Puan Nor Yasmin Abdul Karim-Moderator.
  2. Hajjah Fauziah Tahar-Pendidikan Khas
  3. Encik Mohd Yusof Tawil-Pendidikan Khas
  4. Encik Mohd Syahrulikram Mohd Yasin-Jurupulih Pertuturan
  5. Puan Noraini Mahmood-Jurupulih Anggota
  6. Encik Mohd Shahril Ahmad-Jurupulih Carakerja.

3 orang Jurulatih Utama (JU) dari Negeri Sarawak juga turut dipanggil untuk membantu perjalanan kursus sekaligus mempelajari teknik-teknik penyampaian dan kursus dijalankan.

Mereka ialah:
  1. Puan Siti Hajar Derahman.
  2. Puan Annie Judin
  3. Cik Wendy Mandau.

Sebanyak 21 Modul latihan disediakan yang merangkumi Ceramah, Gerak Kerja, Amali, Energizer dan Pembuatan Alat Bantu Mengajar (ABM).

Seramai 87 orang peserta kursus termasuk 7 orang Pegawai Penyelaras PDK Daerah telah menghadiri kursus selama 5 hari tersebut.

No comments:

Post a Comment