p/s 1: Ibubapa/penjaga/keluarga kepada rakyat Malaysia yang dibawa pulang tersebut sepatutnya mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang terpaksa membelanjakan Duit Rakyat untuk menyelamatkan mereka, tak kira apa bangsa, kaum, agama waimma apa pegangan politik sekalipun.
p/s 2: Blogger yang tersalah tulis sebelum ini juga perlu meminta maaf kepada Rakyat Malaysia kerana menulis cerita yang bukan fakta malahan berbaur fitnah, bersifat fitnah dan fitnah semata-mata.
Di KAHERAH, Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohillan Pillay, berkata kerajaan menanggung semua kos untuk membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi serta penghantaran pulang mereka ke tanah air, sekali gus menafikan tuduhan bahawa rakyat Malaysia perlu membayar tambang.
“Ini tohmahan tidak berasas, kita tak kenakan sebarang bayaran... rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang semua dibantu kerajaan keluar dari Mesir. Kecuali ada yang beli tiket penerbangan sendiri, itu kita tak boleh halang. Tak kira pelajar tajaan kerajaan atau tidak, semua kita jaga dan tanggung segala kos pengangkutan.
“Cuma operasi untuk bawa keluar rakyat Malaysia di Mesir ke Jeddah dilakukan secara berperingkat. Bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Kaherah, kebanyakannya sudah pulang melalui penerbangan ditaja syarikat masing-masing,” katanya ketika dihubungi.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail, ketika dihubungi turut memberi jaminan sama seperti Kohillan berhubung aspek kos dan menasihatkan rakyat Malaysia yang mempunyai waris atau anak di Mesir supaya tidak terpedaya dengan khabar angin kononnya kerajaan akan mengenakan bayaran bagi tujuan berkenaan.
“Tolonglah... hentikan sebar khabar angin seperti yang ada dalam blog dan internet, ia perbuatan tidak bertanggungjawab. Segala yang kerajaan lakukan adalah untuk rakyat kita,” katanya.
Beliau menambah, pelajar Malaysia yang dipindahkan ke Jeddah tidak mengalami trauma melampau kerana kerajaan sudah mengingatkan mereka konflik di Kaherah bukannya peperangan, sebaliknya tunjuk perasaan rakyat terhadap politik domestik Mesir.
No comments:
Post a Comment