Friday, February 4, 2011

Kekacauan di Mesir : Terima Kasih dan Syabbas Kepada Skuad Penyelamat Malaysia

Rakyat Malaysia terutamanya ibubapa/penjaga/keluarga rakyat Malaysia yang berada di Mesir diminta bersabar untuk memastikan keselamatan ahli keluarga mereka disana.

Yang telah dapat balik ke Malaysia, Al-Hamdulillah ini kerana mereka mungkin bertindak awal, mempunyai kewangan, ada idea/akal dan bernasib baik. Ada yang telah mencuba tetapi tidak bernasib baik tersangkut di Lapanganterbang Kaherah, bersabar skuad penyelamat sedang berusaha.

Skuad Penyelamat tersebut adalah terdiri daripada:

  1. Wisma Putra.
  2. Kedutaan Malaysia di Mesir.
  3. Kedutaan Malaysia di Arab Saudi.
  4. Majlis Keselamatan Negara (MKN)
  5. Kementerian Pertahanan.
  6. TUDM - 3 Hercules.
  7. TLDM - Kapal KD Bunga Emas 5.
  8. MAS - 2 kapalterbang (747 dan A320)
  9. Air Asia - 3 kapalterbang (A330 dan A340)
  10. MISC - Kapal dagang
  11. MRA (Malaysian Relief Agency) - Pasukan Perubatan
  12. Jabatan Penuntut Luar.
  13. Tabung Haji (penggunaan asrama Tabung Haji)
  14. Kerajaan Arab Saudi (Visa dan kebenaran)
  15. Kerajaan Indonesia (kerjasama penyelamatan)
  16. Garuda (kongsi kapalterbang).
  17. Kerajaan Mesir (mengiringi konvoi dari kediaman mereka ke lapanganterbang atau pelabuhan).
  18. Rakyat Malaysia di Tunisia yang menawarkan perlindungan dan penginapan.
SYABBAS & TAHNIAH kepada mereka semua. Ini menunjukkan Semangat 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment