Sunday, February 13, 2011

Kami Perlukan Bantuan!

KOTA BHARU: “Hanya rumah buruk ini yang kami ada untuk berteduh. Itupun tidak tahu sampai bila kerana bila-bila masa saja tanah ini akan diambil kembali pemiliknya,” kata Dzulkifli Rofeen, 57.

Kehidupan penjual air tebu yang serba daif itu semakin menyukarkan apabila ditimpa pelbagai masalah sejak dua tahun lalu.

Dzulkifli sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan, namun dia terpaksa berhenti apabila diserang penyakit jantung dua tahun lalu.

“Selepas itu, saya berniaga kecil-kecilan dengan pendapatan RM15 sehari untuk menanggung keluarga.

“Kami tinggal di rumah ini sejak 14 tahun lalu dan kini keadaannya semakin reput dan menanti masa untuk roboh.

“Lebih memburukkan keadaan, bahagian dalam rumah pasti basah apabila hujan lebat,” katanya yang mempunyai sembilan anak berusia 31 hingga 14 tahun.

Lebih merumitkan masalah, isterinya, Normah Husin, 47, menderita penyakit kulit yang teruk dan terpaksa dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sejak Rabu lalu.


Menurutnya, dengan pendapatan berniaga air tebu, dia terpaksa menanggung seorang anak, Mohd Izuan di tingkatan dua dan seorang lagi, Roslan, 23, mengambil jurusan kejuruteraan di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Menurut Dzulkifli, dia mengharapkan anak sulungnya, Rosli, 31, membantu menyara keluarga namun nasib tidak menyebelahi graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu apabila sehingga kini gagal mendapatkan pekerjaan sesuai.


Katanya, Rosli bekerja di kedai makan berhampiran rumah dengan pendapatan tidak menentu.

“Saya bingung memikirkan nasibnya yang sukar mendapat pekerjaan walaupun mempunyai ijazah dalam bidang Geografi sejak tamat pengajian pada 2004.

“Kami sekeluarga mengharapkan dia sebagai anak sulung untuk menyara keluarga selain adiknya yang masih belajar.

“Sejak isteri sakit, saya tidak dapat keluar berniaga menyebabkan kami lebih kesempitan wang,” katanya.

Menurutnya, dia pernah cuba mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun tidak mendapat maklum balas.

“Jika ada bantuan peralatan untuk berniaga pun, ia sekurang-kurangnya dapat membantu tetapi sehingga kini langsung tiada bantuan diterima.

“Saya tidak tahu lagi ke mana untuk mengadu, tambahan pula isteri sakit ketika ini,” katanya.

p/s: Kelantanese, tolong bantu.......!

read more @ metro ahad:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bapatertekan/Article/artikelMA

2 comments: