Wednesday, February 9, 2011

Jejantas RM10 juta dibuka semalam

KEMUDAHAN BARU...jejantas yang menghubungkan
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Hotel Impiana KLCC kini dibuka.

KUALA LUMPUR: Pejalan kaki di sekitar Jalan Pinang/Kia Peng, di sini, kini boleh menggunakan jejantas baru yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Hotel Impiana KLCC selepas ia dibuka kepada awam secara rasminya, semalam.


Projek kelolaan KLCC (Holdings) Sdn Bhd dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu adalah projek fasa pertama yang memulakan operasi pembinaannya pada April tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC (Holdings) Sdn Bhd, Hashim Wahir, berkata jejantas sepanjang 142 meter dan bernilai RM10 juta itu dilengkapi kemudahan mesra pengguna.

“Selain sebuah jejantas pejalan kaki tertutup, ia dilengkapi penyaman udara, kamera litar tertutup (CCTV), tangga bergerak dan lif di hujung kedua-dua bangunan,” katanya.

Hashim berkata, fasa kedua projek itu akan diteruskan dari simpang Jalan Pinang/Kia Peng ke Jalan Raja Chulan dan dijangka siap hujung tahun ini.

“Projek itu turut menghubungkan bangunan ke bangunan di sepanjang Jalan Perak, Jalan P Ramlee dan Jalan Sultan Ismail dan yang akhirnya akan menyambungkan Bukit Bintang ke KLCC,” katanya pada majlis perasmian jejantas baru itu di sini, semalam.

read more @ Metro

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JejantasRM10jutadibukasemalam/Article/index_html

No comments:

Post a Comment