Saturday, February 12, 2011

IJN pertama guna peranti 'Bioresorbable Vascular Scaffold' (BVS)

p/s: Satu kemajuan untuk Negara, tetapi biasalah,

'Setiap Kemajuan Datang Dengan Nilai'

"Ianya Percuma Jika Kita Guna Duit Sendiri"

KUALA LUMPUR - Institut Jantung Negara (IJN) mencipta rekod sebagai pusat rawatan pertama di Malaysia dan Asia Tenggara menggunakan sejenis peranti dikenali sebagai 'Bioresorbable Vascular Scaffold' (BVS) untuk merawat penyakit arteri koronari.

Bagaimanapun peranti itu masih di peringkat percubaan klinikal dan akan mula digunakan tahun depan.

Teknologi rawatan itu mampu menyelesaikan masalah saluran darah tersumbat untuk membolehkan pembuluh darah kembali berfungsi seperti biasa, manakala peranti berkenaan pula akan lenyap selepas lebih kurang dua tahun dipasang pada tubuh pesakit.

Pengarah Urusan IJN, Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari berkata, peranti itu keluaran sebuah syarikat dari Amerika Syarikat (AS) berharga RM6,000 seunit.

Katanya, BVS diperbuat dari sejenis cecair yang dikenali sebagai 'Polylactide Acid' untuk dimasukkan ke dalam saluran arteri yang tersumbat di dalam jantung pesakit.

Oleh NIK NOORSUHAIDA AB. KAHAR dan AZWANI ZAHARUDDIN

berita@kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment