Saturday, February 5, 2011

Duhai Rakyat Malaysia! Jangan Jadi BODOH

2,500 berhimpun desak Hosni berundur di Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR: Polis terpaksa menyuraikan kira-kira 2,500 peserta perhimpunan dinamakan ‘Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir’ di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), di sini semalam yang bertukar agresif, termasuk membaling objek ke arah anggota pihak berkuasa.

Perhimpunan bertujuan menyerahkan memorandum mendesak AS menggesa Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur itu pada mulanya berlangsung aman, tetapi kemudian dicemari tindakan agresif beberapa pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan polis terpaksa menahan tujuh individu yang dipercayai mencetuskan kekacauan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Dang Wangi untuk soal siasat. Tindakan agresif beberapa individu tidak bertanggungjawab membaling botol air ke arah polis serta tidak menghiraukan perintah bersurai selain cuba merosakkan kenderaan pihak berkuasa turut memaksa campur tangan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan meriam air.


Turut menyertai perhimpunan itu beberapa pemimpin politik dari PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta lebih 70 badan bukan kerajaan bermula dengan perarakan dari Masjid As-Syakirin, KLCC menuju Kedutaan AS
p/s: Mereka yang bodoh ini patut dimasukkan ke kelas yang diajar oleh guru bernama ISA (pandangan peribadi penulis)

No comments:

Post a Comment