MADINATUL HUJJAJ: Krew Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya melakukan 18 misi penerbangan mengangkut rakyat termasuk pelajar keluar dari Mesir berikutan rusuhan politik di negara Arab itu.
Ketua Misi Operasi Piramid ATM, Kolonel Mutalib Abdul Wahab, berkata untuk operasi semalam, satu penerbangan tiba dari Kaherah yang dijadualkan mendarat pada sebelah petang.
“Dua lagi penerbangan dalam misi penerbangan hari ini (semalam) adalah dari Iskandariah membawa 400 pelajar dari bandar raya di utara Mesir. “Selepas ini kita akan menunggu arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pucuk pimpinan untuk tindakan selanjutnya, termasuk kembali ke Mesir bagi membawa keluar baki pelajar yang masih tinggal.
“Kita akan terus bersedia untuk terbang ke negara itu andai ada keperluan,” katanya di sini, semalam.
Daripada Meor Hisham Zulkifli di Jeddah, Arab Saudi
bhnews@bharian.com.my
read more @ Berita Harian:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ATMlakukan18penerbanganmenyelamat/Article
No comments:
Post a Comment