IBU BAPA jangan sesekali beranggapan memiliki anak yang mengalami masalah autisme sebagai satu hukuman mati yang tidak mampu dilalui.
Kanak-kanak ini masih lagi boleh berfungsi seperti insan biasa sungguhpun komunikasi mereka mengalami gangguan dan kurang memberangsangkan kerana ia boleh diatasi dengan proses pembelajaran.
Ini kerana setiap manusia perlu belajar mengenai sesuatu perkara terlebih dulu sebelum mahir ataupun memahami kepentingannya kerana ia satu pengalaman hidup yang akan sentiasa dilalui dan dipelajari malah, ia tidak akan terhenti dengan begitu saja.
Walaupun perkembangan pembelajaran kanak-kanak autisme ini agak perlahan tetapi mereka masih mampu untuk berdikari.
Menurutnya, ramai beranggapan golongan autisme tidak memiliki perasaan disebabkan mereka tidak mengetahui cara meluahkannya, tetapi ia tidak benar sama sekali.
“Berbanding manusia normal golongan autisme ini memiliki sentuhan perasaan paling banyak.
“Mereka tidak pernah menyembunyikan perasaan sebenar dan akan meluahkannya melalui cara yang diketahui walaupun pada hakikatnya cara digunakan itu agak keterlaluan bagi masyarakat yang tidak memahami permasalahan dihadapi kanak-kanak autisme ini,” katanya lagi.
Di samping itu, tanggapan masyarakat terhadap golongan ini perlu diubah dan memberi lebih banyak peluang kepada mereka untuk berjaya dalam kehidupan.
Jangan sesekali menyisihkan mereka disebabkan kekurangan yang dialami kerana mereka juga boleh membantu tetapi bergantung kepada kemahiran tersendiri.
sambung baca di:
http://www.hmetro.com.my/articles/Usahanggapanakistimewasatuhukuman/Article
No comments:
Post a Comment