Sunday, January 9, 2011

Sambutan 10 tahun Kementerian Wanita, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (KWPKM)

Kementerian Wanita, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat akan mengadakan sambutan 10 tahun kementerian tersebut pada 17hb Januari 2011 (Isnin) dari jam 1:00 tengahari hingga 6 petang, akan diadakan di PWTC.

Sehubungan dengan itu JKMM, sebagai salah sebuah jabatan di bawah KWPKM telah diminta untuk menyediakan pameran pada hari tersebut.

JKMM telah diberikan sebuah booth bersaiz 40' X 20' sahaja, sedangkan Jabatan Wanita diberikan sebanyak 23 booth bersaiz antara 10' X 10' hingga 20' X 20.

JKMM melalui Bahagian Pembangunan OKU pula hanya dapat menggunakan 1/4 dari booth tersebut atau 10' X 20' untuk mengenengahkan 6 elemen/subjek/pempamer. Antara yang akan mengambil bahagian di bawah BPOKU ialah:
  1. Sensory Room dari Fatdri (perlu 10' X 10')
  2. Electric Vehicals dari KLEV (perlu minima 6' X 6')
  3. Refleksologi dari MAB (perlu 8' X 6') (3 nih pun dah tak muat)
  4. AAC dari Disability Solution
  5. Dhosa Hou dari Taman Sinar Harapan KKB dan Seremban
  6. PDK-Program pekerjaan untuk OKU.
Siapa yang ada masa boleh datang beramai-ramai melawat pameran dan pelbagai acara lagi. Ada persembahan dari artis, harap-harap ada artis dari PDK yang menang masa talentime tuh hari muncul.

Akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Tun Mahathir juga akan muncul sebagai tetamu kehormat.

2 comments:

  1. ruang kecil, tak ramai yang terlibat nanti....hihihih, cuma golongan2 atasan dan dewa-dewi jer

    ReplyDelete
  2. yes! yes! yes!, betul-betul-betul!!!

    Gitu le gamaknya

    pastu buat hari kerja, yang diarahkan saje le yang boleh datang

    target 5,000 pengunjung tuuuu.

    ReplyDelete