Tuesday, January 18, 2011

SALAM sedia RM5j aktiviti sukarelawan

Oleh Syuhada Choo Abdullah; choo@bharian.com.my 2011/01/17

PETALING JAYA: Yayasan Salam Malaysia (SALAM) memperuntukkan RM5 juta bagi melaksanakan agenda kesukarelawanan serta bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara, tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Md Ghani Ibrahim, berkata yayasan menyusun pelbagai projek dan program, termasuk untuk menyemarakkan sambutan Tahun Sukarelawan Antarabangsa + 10 (IYV+10) 2011 di Malaysia selepas pernah menerajui acara sama pada 2001.

Katanya, antara program berkenaan ialah menganjurkan karnival membabitkan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan pada Julai, persidangan kesukarelawanan dan pembangunan negara yang akan dihadiri peserta antarabangsa, di samping latihan pembangunan kapasiti untuk NGO mulai Mac hingga akhir tahun ini.


Beliau berkata, turut diadakan ialah kem motivasi untuk calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah luar bandar seluruh negara, mengedarkan bantuan pakaian sekolah kepada anak miskin, serta meneruskan projek penyambungan bekalan air dan elektrik di kawasan luar bandar.

teruskan membaca di:
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SALAMsediaRM5jaktivitisukarelawan/Article

No comments:

Post a Comment